..dan barangsiapa yg mengagungkan syi’ar2 Allah, maka ssghnya itu timbul dari ketakwaan hati..
mlm ni dah 3 zulhijjah.. zulhijjah tu bulan 12.
« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».
“Tidak ada satu amal soleh yg lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yg dilakukan pd hari2 ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah).” Para sahabat bertanya: “walaupun jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “ya, walapun jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa raga dan hartanya dan dia tidak pulang dgn apa2 (mati).” [HR abu daud, tirmizi, ibn majah, ahmad, al-bukhari (dgn lafaz yg berbeza)]
.
kenape ye, salu org melayu nk sembelih korban bukan pada hari raya pertama? bukanke hari raya pertama tu masih dlm 10 hari pertama zulhijjah? mase blj haji tahun lepas, sheikh magdi kate, ruginya org yg x korban hari raya pertama, dia dah lepaskan fadilat yg besar. sembelih korban, sedekahkan daging, memberi makan pada 10 hari pertama zulhijjah. walapun masih boleh sembelih pada hari2 tashriq, tp sembelih hari raya pertama tu lebih3 bnyk fadilatnya sbb dia termasuk 10 hari pertama zulhijjah.
n oh, org yg nak korban x boleh potong kuku or rambut dari 1 zulhijjah smpai haiwan korban da disembelih. tp mcm ramai yg x tau, ni nk bg tau.
buat la amal bnyk2 10 hari ni. blanja sy makan ke, hehe.
***
.
khamis ni 9 zulhijjah. ni tarikh yg penting. sbb sy lahir tarikh ni, 9 zulhijjah 1407H. hehe. ok, tu tak penting. yg penting tarikh ni hari arafah. rugi kalu x puasa.
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”[sahih muslim]
***
.
ade org kate knp blog sstgh bdak2 medic tulis isu agama je, xde isi medic pun. sy x tau ape yg lg penting dari agama.
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
tulis cite2 ngarut, amik2 gamba xde yg bising. smpai mcm ni pun ade:
kalu laki xpe gak kot.
***
.
adoi, kena amik elective pulak.. kalu subjek best xpe gak.
definition nombor 2 tu mcm best.
.
thanks for reading, have a good day.


aisey, siap bukak dictionary nk cari maksud ‘elective’.. haha.. (maybe i should check the meaning first too)
i know, it’s actually an optional course of study.. but then, rules are rules.. what to do..?
*oo, nk ngelat jugak rupanya* tak dapat~
Quote “ade org kate knp blog sstgh bdak2 medic tulis isu agama je,
xde isi medic pun. sy x tau ape yg lg penting dari agama.”
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
comment: anas like this =)
semoga saya tidak dicalonkan lagi tahun depan,
supaya lebih banyak masa nak ikut yasir pg klas agama. =)
Mahu mencari ilmu2 lain yg bertebaran di mesir selain ilmu berpersatuan.doakan aku sir..
jom undi muka2 baru.
UNDILAH YASIR.!! he3
jadi yasir akan masuk usrah ke nanti? hehe
It is better to hasten to offer the sacrifice after the Eid prayer, as the Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him) used to do, then the first thing he would eat on the day of Eid would be meat from his sacrifice.
ibn uthaymeen said: and the day of Eid after the two khutbahs is the best time (to slaughter). Each day is better than the following day, because that is hastening to do good.
source: http://www.islamqa.com/en/ref/36651
knp kita nk semelih raya 3? rosak program..hehe
slm yasir.
juz nk tnye psl isu potong kuku n rambut kpd tuan punya korban.setahu sy ianya hanya sunat.
Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
اِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِيْ الْحِجَّةِ ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ اَنْ يُضَحَّى ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ ، فَاِذَا أُهِلَّ هِلاَلٌ ذِي الْحِجَّةِ فَلاَ يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ حَتَّى يُضَحَّى
“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Imam Nawawi rahimahullah:
“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)
Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah:
“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)
minta maaf,tp dari apa yg sy bc ayat awk,adakah awk bmaksud sunat atau wajib?sy agak x clear.n nk mntak pndngn mngenai prkara yg sy x arif ini.jzkk
wslm..
potong kuku n rambut utk org yg nak korban starting from 1 zulhijjah smpai sembelih, according to an-nawawi, ade ulamak yg kata haram, n ade yg kate makruh. tp from what i observe mcm haram, n wajib menahan dari dari potong, n this is indicated daripada zahir hadis2 yg berkenaan. sape2 yg mendakwa sebaliknya, hendaklah dia mengemukakan bukti yg boleh memalingkan zahir hadis tersebut.
n it is obvious from what u quoted that it is wajib to refrain from cutting. jika ia hanya sunat, tidak perlu ibn qudamah sebut ““Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah”, kerana kita tahu meniggalkan perkara sunat atau malakukan perkara makruh tidak melazimkan taubat ke atas pelakunya.
Ibn Hazm (may Allaah have mercy on him) said:
Whoever wants to offer a sacrifice, it is obligatory for him, once the month of Dhu’l-Hijjah begins, not to remove anything from his hair or nails until he has offered the sacrifice, whether that is by shaving, trimming or any other means. Whoever does not plan to offer a sacrifice is not obliged to adhere to that. [Al-Muhallah, 6/3].
ibn uthaymeen dlm sharh al-mumti’ kate org yg berniat nk korban tp dia potong kuku/rambut maka dia berdosa, showinng that it is haram. tp korban dia sah, insyaAllah.
sheikh ibn jibrin kate: jika mampu menahan diri untuk tidak memotong rambut atu kuku, maka ia wajib tidak memotongnya dan haram baginya memotongnya, sebab posisi dia pada saat itu mirip dengan orang yang menggiring haiwan kurban (ke Mekkah di dalam beribadah haji). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
“Artinya : Janganlah kamu mencukur (rambut) kepalamu sebelum hewan kurban sampai pada tempat penyembelihannya “ [Al-Baqarah : 196]
[Fatawa Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin]
tp larangan potong tu utk org yg berkorban shj, tidak ke atas ahli keluarganya, dan tidak atas tukang sembelih jika itu bukan korban darinya.
kalu dia potong sblum niat, xpe. n jika dah terpotong sbb lupa atau jahil, xpe je. kalu potong dgn sengaja, kena taubat, n korban still valid insyaAllah. ibn jibrin kate:
Barangsiapa yang telah berniat pada pertengahan sepuluh hari pertama
untuk berkurban, maka ia tidak boleh mengambil atau memotong rambut dan
kuku pada hari-hari berikutnya, dan tidak dosa apa yang terjadi sebelum
berniat. Demikian pula, ia tidak boleh mengurungkan niatnya berkurban
sekalipun telah memotong rambut dan kukunya secara sengaja. Dan juga
jangan tidak berkurban karena alasan tidak bisa menahan diri untuk
tidak memotong rambut atau kuku yang sudah menjadi kebiasan setiap hari
atau setiap minggu atau setiap dua minggu sekail.
this is from what i know, n Allah knows best.
boleh rujuk:
http://www.islam-qa.com/en/ref/83381/
http://www.islam-qa.com/en/ref/33760/
http://www.islam-qa.com/en/ref/70290
http://www.islam-qa.com/en/ref/33818/
Perkongsian yang menarik yasir, moga aku x jd mcm photographer dlm gambar tuh, haha. Eh, tapi aku lelaki, keh3. Regarding potong kuku dan rambut, aku quote drpd website Ust. Zaharuddin, insyaAllah sekadar satu lagi perkongsian:
“Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan” ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban. “
thanks zainal.
mcm yg disebut td, ade ulamak kate makruh dan ade yg kate haram. n yg kate makruh dia pakai hadis aisyah tu, n ini disebut dlm syarah hadis tu dlm ‘aun al-ma’bud syarah sunan abi daud.
ni salah satu lafaz hadis tu:
‘A’isha (Allah be pleased with her) reported that Allah’s Messenger (may peace be upon him) sent the sacrificial animals from Medina. I wove garlands for his sacrificial animals (and then he hung them round their necks), and he would not avoid doing anything which the Muhrim avoids
dan hadis ni dtg dlm bnyk lafaz. dan salah satu lafaz disebut: لا يجتنب شيئا مما يجتنبه المحرم من أهله
(baginda tak menjauhi apa2 pun yg dijauhi oleh seorg muhrim - berkenaan menjauhi isterinya).
maka kata Imam at-Tahawi:
فكان في هذا الحديث القصد بالذي كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يجتنبه هو ما كان يجتنبه من أهله مما يجب على المحرم اجتنابه من أهله في إحرامه لا ما سواه من حلق شعره ولا من قص أظفاره
maksud: maka adalah pada hadis ini yg dimaksudkan apa yg tidak dijauhi oleh nabi ialah apa yg dijauhi oleh muhrim (org yg berihram) berkenaan isterinya (menggauli isterinya) semasa ihramnya, BUKAN selain itu seperti cukur rambut dan potong kuku. [bayan musykil al-aathaar oleh imam at-tahawi]
imam at-tahawi kata yg dimaksudkan drp hadis tu ialah nabi tak menjauhi pergaulan dgn isteri secara khusus kerana ada dalil yg mengkuhususkannya, bukan tak menjauhi bnda2 lain mcm potong kuku dan rambut.
kalu sape2 nk kate makruh pun, silakan. tapi kalu bleh elakkan ape yg makruh pun, that would be the best.
wallahu a’lam.
to make things clear, ni dlm sahih muslim dlm bab yg sama:
يَأْتِى مَا يَأْتِى الْحَلاَلُ مِنْ أَهْلِهِ أَوْ يَأْتِى مَا يَأْتِى الرَّجُلُ مِنْ أَهْلِهِ.
maksud: baginda mendatangi apa yg halal daripada isterinya atau dia mendatangi apa yg didatangi oleh seorg lelaki terhadap isterinya.
so, yg dimaksudkan dgn apa yg zainal quote “tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan”, ialah tidak mengharamkan jimak isteri spt mn yg haram ke atas org yg ihram, dan pengkhususan ini berdasarkan hadis tadi. bukan nabi tak mengharamkan potong kuku dan rambut utk org yg nk korban td, yg tak diharamkan ialah jimak isteri. ini adalah pendapat ulamak yg mengharamkan potong kuku/rambut utk org yg berkenaan.
wallahu a’lam.
alamak sir,tolong aku sir,blog aku kena tegur org anti-Wahabi..dahle aku tak reti jawab..